Pangkalan udara AS di Iraq diserang roket

Pangkalan udara AS di Iraq diserang roket

Pangkalan Udara Al-Asad dibedil beberapa roket namun tidak dapat dipastikan jika terdapat sebarang kecederaan.

Pangkalan Udara Al-Asad di Baghdad dibedil beberapa roket. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) dan pasukan sekutunya di Iraq diserang roket, menurut sumber keselamatan AS.

BCC melaporkan Pangkalan Udara Al-Asad dibedil beberapa roket namun tidak dapat dipastikan jika terdapat sebarang kecederaan.

Ia berlaku selepas komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan dron di Baghdad Jumaat lalu atas arahan Presiden AS Donald Trump.

Iran mengancam akan bertindak balas terhadap kematian Soleimani.

Rumah Putih menyedari laporan serangan tersebut dan Trump sedang “memantau” keadaan.

“Kami menyedari laporan serangan ke atas kemudahan AS di Iraq. Presiden telah diberi taklimat dan sedang memantau keadaan secara dekat dan berunding dengan kumpulan keselamatan negaranya,” kata jurucakap Rumah Putih, Stephanie Grisham dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.