Merbahaya… Diet Keto sebenarnya lebih tinggi lemak, rendah karbohidrat!

Merbahaya… Diet Keto sebenarnya lebih tinggi lemak, rendah karbohidrat!

Laporan daripada US News dan World Report mendapati diet Keto mempunyai pelan tinggi lemak dan rendah karbohidrat didapati tidak sihat untuk diamalkan.

Menjadi trending ketika ini beberapa jenis diet yang menjadi ikutan ramai demi mendapatkan berat badan yang ideal.

Apatah lagi di awal tahun apabila masing-masing mula berazam untuk menurunkan berat badan.

Namun sangat penting untuk mengetahui dan memastikan amalan diet itu sendiri tidak menjejaskan kesihatan.

Tidak ada gunanya jika seseorang itu mengamalkan diet hingga ia memberi kesan sampingan kepada diri sendiri.

Tahun lalu, diet Keto sering diperkatakan malah mendapat sambutan dalam kalangan individu yang mahu menurunkan berat badan.

Diet Keto merupakan diet yang sangat rendah karbohidrat dan sangat tinggi dengan lemak, manakala kadar protein pula di tahap sederhana.

Malah Pakar kesihatan mendakwa diet Keto sebenarnya tidak elok untuk diamalkan.

Antara contoh snek (kek cawan mentega kacang) yang boleh dimakan dalam pelan diet Keto.

Memang terbukti diet Keto sangat efektif dalam menurunkan berat badan dan mengubah transisi kepada Ketosis dengan pembakaran lemak untuk dijadikan tenaga berbanding gula.

Namun laporan daripada US News dan World Report mendapati diet Ketogonik mempunyai pelan tinggi lemak dan rendah karbohidrat ini didapati tidak sihat untuk diamalkan.

Laporan juga mendedahkan pelan diet Keto berada pada kedudukan paling rendah berdasarkan tujuh kategori yang terdiri daripada kesempurnaan pemakanan,diet mudah, potensi penurunan berat badan yang panjang dan jangka pendek, keselamatan dan kemungkinan ada kesan sampingan, serta berpotensi untuk membantu mencegah penyakit seperti sakit jantung dan diabetes.

Diet Keto didapati kurang baik sebagai sebahagian daripada kategori diet yang sihat kerana bergantung pada lemak tepu seperti mentega dan daging merah yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Bagaimanapun, dinamakan diet yang paling berkesan dan baik untuk diamalkan adalah diet Mediterranean.

Ia melibatkan makanan laut, kacang, bijirin dan roti gandum.

Malah diet “Intermittent fasting” juga salah satu cara yang agak berkesan.

Jadi fikirkan jalan dan cara yang terbaik sebelum memulakan diet.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.