
Ahli perniagaan terkemuka Jepun yang terkenal dengan gelaran “Raja Tuna”, membayar kira-kira RM7.3 juta untuk ikan tuna gergasi pada acara lelong Tahun Baru, di pasar ikan utama di Tokyo.
Kiyoshi Kimura yang memiliki rangkaian restoran sushi terkenal sanggup membayar jumlah itu bagi mendapatkan ikan tuna “bluefin” seberat 276kg.
Ia ditangkap di Aomori, di utara Jepun.
“Ini adalah yang terbaik. Ia amat mahal bukan? Tetapi, saya mahu pelanggan dapat menikmati hidangan yang lazat,” katanya.
Sebelum ini, Kimura sudah beberapa kali membayar harga yang luar biasa mahal bagi mendapatkan ikan pada acara lelongan sama.
Pada tahun lalu, dia membayar AS3.1 juta bagi mendapatkan ikan tuna seberat 278 kg.
Acara lelong itu kini diadakan di pasar baharu di kawasan dikenali sebagai Toyosu.
Pasar sebelum ini, Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama dan lokasi pelancongan popular dengan dipenuhi restoran dan kedai, ditutup pada 2018.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]