
Ketiga-tiga anggota berumur 24, 25 dan 26 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh itu hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan agensi anti-rasuah itu.
Bagaimanapun, mereka mendakwa ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika pegawai SPRM mengambil keterangan dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Dis lepas.
Laporan polis kemudiannya dibuat ketiga-tiga anggota itu pada 27 Dis lalu mendakwa pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.
Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan 3 anggota itu membuat laporan berkenaan.
Bernama bagaimanapun gagal mendapat maklum balas SPRM Selangor berhubung kes itu.