
PPBL memeterai perjanjian jual beli dengan Petróleo Brasileiro S A (Petrobras) yang juga syarikat petroleum multinasional Brazil pada 25 April, 2019.
Petrobras yang merupakan pengendali, adalah pemegang baki 50% kepentingan tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, pemeteraian perjanjian pemuktamadan yang turut menandakan selesainya pengambilalihan berkenaan, dilakukan di Rio De Janeiro, Brazil, pada 27 Dis, 2019.
Naib presiden eksekutif dan ketua pegawai eksekutif huluan Petronas, Adif Zulkifli menyifatkan penyelesaian pengambilalihan kepentingan Tartaruga Verde and Module III Espadarte, selain kejayaan memenangi 3 blok penerokaan minyak dalam pusingan bidaan di Brazil baru-baru ini sebagai bukti kemajuan usaha Petronas mengembangkan perniagaannya di Amerika Selatan.
“Kami turut teruja dengan kerjasama baru dengan Petrobras dalam usaha memenuhi aspirasi tenaga Brazil,” katanya.
Selain aspek pengembangan portfolio di Amerika Selatan, Petronas juga menandatangani 6 kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) baru, iaitu masing-masing 4 di Malaysia dan 2 di Gabon, selain mengambil alih 2 blok di luar pesisir Mesir.
Ini seiring dengan strategi pertumbuhan 3 teras Petronas untuk meraih peluang di kawasan lembangan yang produktif bagi pengembangan perniagaan utamanya dalam usaha penjanaan tunai pada masa depan, katanya.