
Datuk Bandar Vener Munoz dari bandar Rizal di wilayah Laguna berkata dalam insiden berasingan itu, 8 maut di bandar tersebut selepas menghadiri majlis hari jadi dan Krismas pada hujung minggu.
Tujuh daripada 129 orang lagi dikejarkan ke sebuah hospital di Manila dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, katanya.
Beliau berkata seorang penduduk di bandar Candelaria di wilayah Quezon pula maut dan 2 lagi koma selepas minum arak yang diperbuat daripada air kelapa itu.
Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan arak tiruan berkenaan.
Arak yang dihasilkan secara tradisonal itu lebih dikenali sebagai “lambanog” dalam kalangan penduduk tempatan, diperbuat daripada manisan air kelapa, kemudian melalui proses penuaian dan penyulingan.
Tahun lepas, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di wilayah Laguna, Rizal dan Tarlac di pulau Luzon.
Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Filipina mendapati arak tiruan itu mempunyai kandungan metanol yang tinggi.
Sesetengah pengeluar menggunakan campuran bahan kimia berbahaya ketika menjalankan proses penapaian dan penyulingan.