Mana-mana kaum wanita yang memakai tudung pasti akan menggunakan kerongsang atau jarum peniti bagi memastikan pemakaian tudung itu nampak kemas dan terletak.

Dan tabiat yang paling digemari oleh kaum wanita ialah mengepit jarum peniti atau kerongsang itu di mulut sebelum memakainya.
Tapi tahukah anda sebenarnya cara itu sangat bahaya dan boleh mengancam nyawa.
Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook UKMMC, tindakan ini telah menyebabkan seorang wanita terpaksa melalui prosedur rigid bronchoscopy untuk mengeluarkan sebatang pin dari paru-paru kirinya!

Kata Dr Kamarul, lazimnya kejadian begini boleh berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas, atau terlucut dari bibir ketika menggayakan tudung.

Jadi kalau nak selamat, elakkanlah tabiat ini dan jangan kepit pin di bibir lagi!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]