Filipina tangguh Sukan Para Asean kerana kurang bajet

Filipina tangguh Sukan Para Asean kerana kurang bajet

Sukan Para Asean ke-10 pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Jan 2020.

KUALA LUMPUR: Kekurangan bajet dan pengeluaran dana daripada Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Filipina (PHILAPGOC) tidak memberikan mereka pilihan selain menangguhkan Sukan Para Asean 2020 ke-10 ke satu tarikh baharu.

Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) dalam kenyataan berkata PHILAPGOC atas nasihat PSC mencadangkan 20-28 Mac 2020 sebagai tarikh baru Sukan Para Asean ke-10.

Sukan Para Asean ke-10 pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 24 Jan 2020.

“Semua jawatankuasa paralimpik kebangsaan (NPC) dan negara anggota persekutuan itu dimaklumkan dan diminta untuk membuat penyesuaian berikutan perubahan tarikh Sukan itu.

“APSF memohon kefahaman daripada semua pihak termasuk NPC, atlet, pegawai, kontinjen dari negara terbabit, bagi memastikan sukan itu akan dapat dijalankan dengan jayanya pada Mac 2020,” kata Presiden APSF, Osoth Bhavillai.

Mengikut kenyataan itu, PHILAPGOC dalam suratnya kepada APSF menyatakan kesediaannya untuk menganjurkan sukan itu pada Mac 2020.

Persekutuan itu akan terus memberikan bantuan kepada jawatankuasa penganjuran tempatan (LOC) di semua kawasan untuk memastikan sukan itu berjalan dengan lancar.

Terdahulu hari ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan Sukan Para Asean 2020 di Filipina yang dijadualkan pada 18-14 Jan ditangguhkan ke 20-28 Mac 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.