Alleycats dan Zainal Abidin bakal menggegarkan festival pemuzik untuk pemuzik

Alleycats dan Zainal Abidin bakal menggegarkan festival pemuzik untuk pemuzik

Pencinta muzik akan dihiburkan dengan lagu-lagu zaman 70-an dan 80-an bagi mengingatkan memori pada lagu-lagu yang menjadi kegilaan suatu ketika dulu.

Barisan artis yang akan menjalankan konsert pada Mac 2020.

“Apabila cinta dan harapan bersatu, dunia akan menjadi lebih indah”!

Jika sebelum ini mungkin anda pernah mendengar beberapa lagu sentimental yang sering berkumandang di corong radio, namun tidak pernah tahu siapa penyanyinya.

Malah mungkin juga ada di antara anda yang pernah menjadi peminat kepada penyanyi zaman 70-an dan 80an, namun tidak tahu bagaimana keadaan mereka kini.

Sehubungan itu bagi meringankan beban para pemuzik yang sebelum ini telah mencipta nama di persada seni namun terabai ketika ini, sebuah konsert akan diadakan pada 15 Mac 2020 dengan menampilkan 100 barisan pemuzik di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan, Selangor.

Presiden Persatuan Pemuzik Tempatan Selangor, Francis Danker berkata sudah sampai masa untuk pihaknya membantu pemuzik yang memerlukan pertolongan.

Menurut Presiden Persatuan Pemuzik Tempatan Selangor, Francis Danker konsert ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu pemuzik-pemuzik agar dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding hari ini.

“Dalam misi kami untuk mengubah nasib pemuzik yang memerlukan, kami akan pastikan hanya kes-kes yang layak sahaja akan dapat memanfaatkan dana yang dikawal selia oleh panel khusus.

Konsert pertama kali dianjurkan dengan disertai ratusan pemuzik dan artis terkenal 70-an dan 80-an.

“Daripada dana yang kita perolehi itu juga, kita akan sumbangkan RM500,000 kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada sidang media di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Idea festival Pemuzik untuk Pemuzik ini merupakan cetusan idea Danker sendiri sejak tahun lalu demi kebajikan para pemuzik yang memerlukan bantuan daripada pihak lain.

“Ia adalah atas nama kemanusiaan dan kita sentiasa bersama dengan mereka kerana suatu ketika dulu mereka pernah menghiburkan kita. Sudah sampai masanya kita pula membantu mereka dengan cara ini,” ujarnya lagi.

Antara barisan pemuzik yang hadir.

Pada konsert tersebut anda akan dihiburkan dengan 30 persembahan daripada 100 orang pemuzik.

Selain itu, konsert ini juga bakal menyatukan gandingan pemuzik solo, duo, serta kumpulan muzik Malaysia yang pernah menghidupkan zaman kegemilangan 70-an dan 80-an.

Antara pemuzik tersebut, Alleycats, Pathfinders, Frankie Tan, Memories, Delta dan banyak lagi.

Menurut Danker lagi, pihaknya mensasarkan seramai 5,000 pencinta muzik akan hadir pada konsert tersebut.

Bagi anda yang ingin membeli tiket, anda boleh mendapatkannya di AirAsia RedTix dengan harga RM100 atau menghubungi Edwin 012 209 8849 atau Raj 019 229 7156.

Penjualan meja yang memuatkan sepuluh orang juga dibuat dengan harga bermula daripada RM5,000.

Kad keahlian PPTS yang dikenakan bayaran hanya RM50 setahun.

Dalam pada itu, PPTS turut mengenakan yuran tahunan sebanyak RM50 dan penubuhannya itu diharap dapat mengubah beberapa nasib para pemuzik yang kebanyakannya dalam kesusahan.

Ia berikutan beberapa nasib mereka yang ketika sedang namanya melonjak naik, namun terhalang kerana penyakit, kemalangan mahupun tragedi yang tidak diingini.

Susulan itu, penaung konsert, Syed Yusof Syed Nasir berkata beliau akan
membantu PPTS untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam mencari
jalan bagi menawarkan bantuan perubatan, termasuk insurans kesihatan bagi para
pemuzik tanah air.

Selain itu, beliau juga menawarkan untuk memulakan perbincangan di antara PPTS dengan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memberi bantuan perumahan kepada pemuzik yang terpaksa menjadi gelandangan akibat kesempitan hidup.

“Saya amat yakin bahawa konsert ini akan berjaya menyemai rasa cinta dan harapan kepada semua, tidak terhad kepada pemuzik,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.