Shweta banggakan Malaysia menang Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019

Shweta banggakan Malaysia menang Kostum Kebangsaan Terbaik Miss Universe 2019

Pakaian rekaan pereka tempatan Carven Ong yang bertemakan 'A Peranakan Indulgence' daripada kaum Baba dan Nyonya menewaskan 89 peserta lain di Miss Universe 2019.

Peserta Malaysia, Shweta Sekhon, 22, mencatat kejayaan membanggakan apabila memenangi Kostum Kebangsaan Terbaik buat pertama kali dalam pertandingan Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat, hari ini.

Pakaian rekaan pereka tempatan iaitu Carven Ong yang bertemakan “A Peranakan Indulgence” daripada kaum Baba dan Nyonya menewaskan 89 peserta lain di pertandingan ratu cantik nombor satu dunia itu.

Carven berkata, dia benar-benar tidak menyangka untuk memang dan bersyukur apabila rekaannya diiktiraf pada edisi ke-67 ini.

“Syukur, Malaysia Boleh! Saya sangat gembira untuk Shweta kerana melakukan yang terbaik. Pasukan saya sebenarnya sangat bimbang mengenai kostum kebangsaan itu. Namun akhirnya kita menang!

“Saya ingin berterima kasih kepada Organisasi Miss Universe Malaysia terutama Pengarah Kebangsaan, Datin Elaine Daly. Juga kepada rakan saya Albert Ho yang banyak membantu dan bekerja keras untuk pakaian itu,” katanya memetik laporan media.

Ketika pengumuman, berlaku kesilapan apabila hosnya, Steve Harvey, 62 mengumumkan Filipina sebagai pemenang.

Sewaktu diumumkan, prompter dan hos itu sendiri, Steve Harvey telah menyebut nama Miss Universe Philipine, Gazini Ganados sebagai pemenang.

Bagaimanapun Shweta yang berada di pentas bersamanya kemudian membetulkan Steve.

Untuk rekod Steve yang sudah lima tahun mengendalikan pertandingan berprestij ini, pernah melakukan kesilapan yang sama iaitu pada 2015, apabila Steve telah tersalah menyebut nama pemenang bagi Miss Universe 2015, Miss Colombia Ariadna Gutiérrez yang mana pemenang sebenar adalah Miss Philippines Pia Wurtzbach.

Tuah bagaimanapun tidak menyebelahi Shweta apabila tidak berjaya mara ke peringkat Top 20 sekali gus menyaksikan wakil Malaysia terus kempunan untuk layak ke peringkat separuh akhir dalam tempoh 49 tahun.

Kali terakhir peserta Malaysia yang layak ke separuh akhir ialah menerusi Josephine Lena Wong pada 1970.

Pada edisi tahun ini, peserta Afrika Selatan, Zozibini Tunzi diumumkan sebagai Miss Universe manakala tempat kedua milik Puerto Rico dan ketiga, Mexico.

Disebalik kerancakan pertandingan itu berlangsung ketika acara Swim Wear terdapat beberapa insiden yang menarik perhatian dunia termasuk Malaysia.

Ketika Shweta sedang berjalan di atas pentas peragaan itu, secara tiba-tiba dia telah terjatuh tergelincir.

Bukan sahaja Shweta, malah beberapa Miss Universe yang lain seperti Indonesia, Malta, New Zealand dan Perancis turut mengalami nasib yang sama.

Kerana insiden tersebut, sekaligus mengundang kritikan daripada netizen yang menyalahkan penganjur atas kecuaian mereka yang tidak memeriksa lantai pentas itu yang didakwa licin dan serba kekurangan.

Buktinya dapat dilihat selepas terdapat petugas yang mengelap lantai itu sejurus dari insiden tersebut.

Namun, disebalik “kejatuhan” mereka, ramai yang memuji sikap professional para peserta malah turut mendapat tepukan gemuruh dari para yang hadirin.

Sebagai info, seramai 90 peserta dari seluruh dunia telah ‘berkampung’ di Amerika bagi melayakkan diri ke “Top 20 Miss Universe 2019” bagi merebut gelaran Miss Universe 2019.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.