Abu suci: Dewan Rakyat lulus usul rujuk Tajuddin ke jawatankuasa Parlimen

Abu suci: Dewan Rakyat lulus usul rujuk Tajuddin ke jawatankuasa Parlimen

Usul merujuk wakil rakyat Umno itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen diluluskan tanpa bahas.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul merujuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menghina agama Hindu pada Selasa.

Usul dibawa oleh Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, yang berkata Tajuddin menghina agama Hindu apabila bertanyakan pada RSN Rayer (PH-Jelutong) adakah abu suci “vibhuti” pada dahinya itu ada kaitan dengan abu mayat pemimpin komunis, Chin Peng.

Usul itu, yang dibawa pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat menyaksikan Parlimen kecoh, apabila blok pembangkang mempersoalkan kewajaran membahaskan usul itu sedangkan Tajuddin sudah digantung.

Perang mulut yang sukar dileraikan memaksa Timbalan Speaker, Nga Kor Ming menarik balik hasrat membenarkan usul itu dibahaskan.

“Apabila saya meneliti keadaan dewan ini, pihak pembangkang tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, oleh itu saya kemukakan kepada majlis bagi diputuskan,” katanya, dan menambah usul diluluskan tanpa bahas.

Tajuddin digantung 2 hari daripada sidang Dewan Rakyat pada 3 Dis lalu.

Abu mayat Chin Peng menjadi perbualan selepas media melaporkan abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu dibawa masuk ke negara ini dan ditabur di laut berhampiran Lumut, Perak dan di banjaran Titiwangsa.

Dalam agama Hindu, vibhuti dihasilkan daripada kayu kering mengikut acara tertentu, dan penganutnya secara tradisi mencalitnya pada dahi atau bahagian tubuh bagi memuliakan dewanya.

Nga ketika cuba meleraikan wakil-wakil rakyat cuba menerangkan usul itu hanya untuk merujuk Tajuddin ke jawatankuasa Parlimen, bukan untuk mejatuhkan hukum.

“Jika sikap macam ini – berteriak, tengking, melompat – seluruh rakyat boleh perhati sikap anda sedemikian. Saya nak bagi peluang berbahas, tetapi tak mahu bahas, sebaliknya sengaja timbul kekecohan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.