Ibu di AS gantung 2 anak di bilik bawah tanah

Ibu di AS gantung 2 anak di bilik bawah tanah

Lisa Snyder mendakwa anak lelakinya berusia 8 tahun dan anak perempuan berusia 4 tahun membunuh diri kerana mereka dibuli di sekolah.

Lisa Snyder juga didakwa melakukan hubungan seks dengan binatang. (Gambar AP)
NEW YORK:
Seorang ibu warga Amerika Syarikat didakwa membunuh selepas 2 anaknya ditemui tergantung di bilik bawah tanah di kediaman mereka di Pennsylvania, kata pendakwa raya.

Lisa Snyder, 36, mendakwa anak lelakinya berusia 8 tahun dan anak perempuan berusia 4 tahun membunuh diri kerana mereka dibuli di sekolah.

“Ini adalah dahsyat, insiden yang mengerikan,” kata Peguam daerah Berks, John Adams kepada pemberita pada Isnin sejurus selepas Snyder ditahan.

Penahanan Snyder dibuat 2 bulan selepas Conner dan Brinley Snyder ditemui hampir mati di bandar kecil Albany Township, 68 batu di utara Philadelphia.

Pada 23 September, Snyder yang membesarkan anak-anaknya berseorangan, menghubungi 911 mengatakan dia menemui anak-anaknya tergantung di bilik bawah tanah.

Perkhidmatan kecemasan mendapati mereka tergantung pada rasuk menggunakan tali leher anjing dengan 2 kerusi terbalik berdekatan dengan mangsa.

Mereka cuba menyelamatkan mangsa tetapi kanak-kanak itu diisytiharkan mati 3 hari kemudian.

Snyder memberitahu polis bahawa Conner dibuli di sekolah dan “mahu mati”.

“Kanak-kanak berusia 8 tahun, secara amnya, yang saya tahu, tidak akan bunuh diri, sudah tentu kita ada persoalan,” kata Adams.

Katanya, temubual dengan pihak sekolah dan saudara-mara juga tidak menemui bukti mereka dibuli.

Pemeriksaan telefon bimbit dan komputer Snyder mendapati terdapat carian berkaitan gantung diri dan karbon monoksida asfyxiation, kata pendakwa.

Snyder, yang ditahan tanpa ikat jamin, didakwa dengan 2 tuduhan membunuh tahap pertama dan menghapuskan bukti.

Dia juga didakwa dengan tuduhan melakukan hubungan seks dengan binatang.

Perkhidmatan sosial mengambil alih penjagaan kanak-kanak itu dari Snyder beberapa tahun lalu tetapi mereka dikembalikan kepadanya pada Februari 2015, kata Adams.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.