
Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, tiada sebarang laporan dibuat mana-mana pihak, namun pihaknya mengambil maklum akan perkara berkenaan.
“Maklumat mengenai penganjuran perhimpunan itu berjaya diperolehi. Ia dilaporkan berlangsung secara tertutup dan pihak polis masih dalam tindakan menyiasat segala aspek berkenaan penganjuran itu,” katanya ketika dihubungi.
Sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, pagi semalam.
Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.