
Tiga produk paling laris ialah permainan Frozen 2, anak patung L.O.L dan Amazon Fire TV.
Tahun lepas, permainan Nintendo Switch, fon telinga dan Hot Wheels menjadi kegemaran pembeli dalam talian.
Adobe Analytics mendapati 80% transaksi dalam talian di 100 peruncit terbesar di AS, lapor agensi berita Xinhua.
Dari 1 Nov sehingga Thanksgiving jumlah jualan dalam talian adalah sebanyak AS$57.1 bilion, 34.5% terdiri pembelian telefon pintar, 60% (komputer meja) dan 5% (tablet).
Dijangkakan jualan untuk Black Friday, hari selepas Thanksgiving pula mencecah AS$7.5 bilion.
Cyber Monday, yang jatuh pada Isnin pertama selepas Thanksgiving dan Black Friday, dianggap hari membeli-belah dalam talian terbesar tahun ini.
Tahun ini, Adobe Analytics menjangkakan jualan dalam talian pada Cyber Monday mencecah 9.4 bilion dolar, melonjak 18.9% berbanding 2018.
Membeli-belah musim cuti bermula awal tahun ini, menyaksikan peruncit mula menawarkan pelbagai jenis tawaran potongan harga.
Menurut tinjauan tahunan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Persekutuan Peruncit Nasional (NRF) dan Prosper Insights & Analytics, sebanyak 56% pengguna mula berbelanja pada minggu pertama November.
“Pengguna dan peruncit dilihat tidak lagi menunggu tibanya sambutan Thanksgiving atau Black Friday,” kata naib presiden eksekutif bahagian strategi Prosper, Phil Rist.
Sepanjang musim cuti, antara 1 Nov dan 31 Dis, pembeli dijangka membelanjakan AS$143.8 bilion, peningkatan sebanyak 14.1% berbanding tahun lepas.
Menurut ramalan NRF, jualan pula berjumlah antara AS$727.9 bilion dan AS$730.7 bilion.
Anggaran purata perbelanjaan pengguna pula adalah sebanyak AS$1,047.83, peningkatan 4% berbanding tahun lepas.