Demam ‘Black Friday’ kini mula ‘menjangkiti’ rakyat Malaysia

Demam ‘Black Friday’ kini mula ‘menjangkiti’ rakyat Malaysia

Black Friday dikenali sebagai waktu terbaik untuk melakukan pembelian kerana promosi besar-besaran akan dilakukan oleh kebanyakan kedai atau pasaraya terkemuka pada hari Black Friday ini.

Apa itu Black Friday? Mungkin tahun-tahun sebelum ini anda pernah dengar tapi kurang jelas maksud hari Black Friday dan apa yang membuatkan orang tergila-gilakan Black Friday ini.

Secara ringkas, Black Friday merupakan nama tidak rasmi bagi hari Jumaat selepas Thanksgiving Day di Amerika Syarikat.

Thanksgiving disambut pada hari Khamis dan Black Friday disambut pada hari Jumaat terakhir bulan November setiap tahun.

Thanksgiving Day sinonim dengan budaya meraikan seseorang dengan pelbagai hadiah dan pada zaman moden ini Black Friday dikenali sebagai waktu terbaik untuk melakukan pembelian kerana promosi besar-besaran akan dilakukan oleh kebanyakan kedai atau pasaraya terkemuka pada hari Black Friday ini.

Dan jika bernasib baik anda anda akan jumpa pelbagai barangan dijual pada harga yang sangat murah dan tidak masuk akal.

Black Friday boleh dianggap sebagai penanda kepada permulaan musim berbelanja untuk hari Krismas pada 25 Disember setiap tahun. Tradisi Black Friday ini dikatakan telah bermula sejak 1952.

Apa itu Black Friday?

Ketika Black Friday ini, pusat membeli belah akan dibuka lebih awal dan mengikut trend terkini, ada gedung yang dibuka seawal 12 tengah malam.

Dan ketika inilah pelbagai promosi menarik dan “gila” ditawarkan kepada para pelanggan oleh butik dan pusat membeli belah.

Jadi dari mana datangnya terma Black Friday ini? Ada dua teori yang diguna pakai sehingga hari ini.

Seorang pengumpul setem edisi khas, Earl Apfelbaum adalah orang pertama yang menggunakan terma ini pada tahun 1966.

Beliau menerangkan pada hari selepas Thanksgiving Day, akan berlaku kesesakan yang sangat teruk di bandar-bandar serta orang penuh di jalanan.

Pastinya akan ada kemalangan dan kekecohan pada hari ini. Jadi beliau menggelarnya Black Friday.

Teori kedua yang agak relevan adalah kebanyakkan peruncit akan merekodkan keuntungan tertinggi mereka ketika Black Friday.

Ia merujuk kepada warna dakwat yang digunakan gedung-gedung ini untuk merekod jualan; merah bermaksud rugi dan hitam pula untung.

Cara merekod seperti ini masih digunakan sehingga kini dan dari sinilah terhasilnya nama Black Friday ini, iaitu “keuntungan di hari Jumaat”.

Di sebalik jualan murah ini, setiap tahun pasti akan berlakunya tragedi terutamanya di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2016, kejadian tembakan rambang berlaku di tiga pusat membeli belah di New Jersey, Nevada dan Tennessee dan lelaki yang ditembak di New Jersey mati.

Malah setiap tahun Wal-Mart adalah gedung membeli belah yang paling ramai diserbu orang ramai sehingga ada hashtag khas untuk Wal-mart di Twitter iaitu #WalmartFights.

Tahun lalu, butik Nike juga habis ranap dikerjakan peminat Nike!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.