
Razarudin Husain berkata kertas siasatan itu ditunjukkan kepada PPN untuk arahan dan pandangannya.
“Mungkin PPN ada beri arahan kepada pegawai penyiasat lagi bagi siasatan lanjut. Saya akan minta pegawai penyiasat semak dengan PPN berhubung kertas siasatan ini,” katanya kepada FMT.
Keluarga Siva pada sidang media semalam menuntut kerajaan memberi maklum balas tentang kegagalan mengadakan inkues yang diarahkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 19 Okt 2018.
Siva meninggal dunia pada hari sepatutnya dibebaskan, iaitu 20 Mac 2017, selepas menjalani hukuman penjara 8 bulan di Penjara Tapah, Perak.
Peguam waris, M Visvanathan berkata keluarga terkejut apabila mendapati mayat Siva kehilangan semua jari kaki kiri.
Semalam, Visvanathan berkata pada 28 Jun lepas, PPN memaklumkan LMM yang dikemukakan polis belum lengkap, dan pada 31 Jul, laporan bedah siasat Siva masih belum diperolehi.