Tumbuk ibu saudara hingga mati kerana tak tahan dikongkong

Tumbuk ibu saudara hingga mati kerana tak tahan dikongkong

Mayat wanita berusia 54 tahun itu ditemukan membusuk di dalam sebuah rumah di Ipoh semalam.

bunuh mak sedara
Dilaporkan semalam mayat seorang wanita ditemukan di dalam bilik sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, Ipoh, susulan makluman orang awam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita yang mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Ipoh dipercayai maut akibat ditumbuk berkali-kali oleh anak saudaranya yang hilang sabar kerana sering dikongkong.

Perkara ini diketahui hasil hasil soal siasat polis ke atas lelaki berusia 21 tahun itu, kata pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat.

“Suspek dikatakan menumbuk mangsa berkali-kali sehingga terjatuh tangga dan mengurung wanita itu selama empat hari di sebuah bilik,” katanya pada sidang media di IPK Perak, lapor Bernama.

Beliau berkata, kejadian itu terbongkar apabila adik mangsa mencari wanita berusia 54 tahun itu yang sudah beberapa hari tidak kelihatan.

Dilaporkan semalam mayat seorang wanita yang sudah membusuk ditemukan di dalam bilik sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, Ipoh, susulan makluman orang awam.

Susulan itu, polis menahan anak saudaranya bagi membantu siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

Menurut polis, hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.