
Selepas ini anda tidak perlu lagi risau pergi ke mana sahaja tanpa berkira-kira sama ada cukup wang untuk pembayaran tol mahupun tidak.
Ini kerana applikasi Waze sudahpun memperbaharui sistem mereka dengan memberitahu berapa jumlah yang perlu disediakan untuk pergi ke sesebuah destinasi.
Ini juga bermakna applikasi tersebut sangat membantu anda selain daripada memaklumkan berapa minit anda akan sampai ke destinasi tersebut, sama ada laluan itu sesak atau lancar, apa yang menyebabkan jalan itu sesak dan dimana laluan alternatif yang anda boleh gunakan.
Menjelaskan sistem terbaru itu, Waze kini memberi perkhidmatan dimana pengguna di Malaysia berpeluang menyemak harga anggaran tol melalui carian destinasi yang ingin dituju.
Turut difahamkan harga anggaran tol yang dipaparkan adalah melalui perkongsian komuniti Waze.
Caranya mudah sahaja, anda masukkan nama tempat yang ingin dituju, kemudian tekan “go” dan Waze akan memberi tahu jumlah kilometer dan berapa minit masa diambil serta kadar tol yang dikenakan.
Dengan cara ini ia sekaligus memberi lebih banyak fleksibiliti dan alternatif buat para pengguna bagi membandingkan harga tol untuk ke destinasi melalui laluan yang berbeza.
Sebelum ini, applikasi tersebut hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.
Kemudian diperluaskan di Malaysia dengan ciri-ciri yang lebih terperinci.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]