Jangan malas mandi, sabun badan jika tak mahu ketiak berbau

Jangan malas mandi, sabun badan jika tak mahu ketiak berbau

Kebersihan diri adalah aspek utama bagi semua orang kerana ia secara tidak langsung akan melambangkan keperibadian seseorang terhadap orang lain.

Masalah ketiak berbau selalu membelenggu lelaki yang aktif.

Bagaimanapun adakalanya wanita juga tidak terlepas daripada masalah ini terutama bagi mereka yang berbadan besar.

Namun bagi anda yang mengalami masalah ini jangan terlalu risau.

Ini kerana ada cara bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan itu.

1. Guna antiperspirant atau deodoran

Mungkin deodoran yang anda gunakan sekarang tidak begitu sesuai dengan keadaan semasa ketiak anda.

Cuba gantikan jenis atau jenama deodoran anda kepada jenis yang lain.

Anda juga boleh mendapatkan antiperspirant di farmasi berdekatan bagi mengurangkan kadar perpeluhan ketiak yang menyebabkan bau yang kuat.

Antiperspirant berfungsi mengurangkan kadar peluh yang dihasilkan dengan cara menyekat liang-liang peluh untuk sementara waktu.

Makin kurang peluh pada ketiak, maka makin kuranglah bau ketiak anda.

2. Mandi

Nampak macam remeh, tetapi ramai yang kurang mengambil perhatian berkenaan soal mandi.

Anda perlu menggunakan sabun ketika mandi, bukan hanya siraman air pancuran semata-mata.

Selain itu, anda juga perlu mandi bagi membersihkan badan setelah melakukan kerja-kerja atau senaman dengan intensiti yang tinggi.

Ini akan membantu menyingkirkan bakteria yang boleh menyebabkan bau dari ketiak dan badan anda.

3. Pakai pakaian yang sesuai

Jenis pakaian yang dimaksudkan di sini adalah jenis pakaian yang menyerap peluh dan longgar.

Jenis-jenis fabrik seperti kapas dan linen boleh membantu tubuh badan anda untuk “bernafas” dan membantu mengeringkan tubuh anda daripada peluh yang keluar.

4. Cukur bulu ketiak

Siapa sangka, dengan sentiasa mencukur bulu ketiak anda boleh membantu mengurangkan bau ketiak yang keluar.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 mendapati, cukur atau wax ketiak boleh mengurangkan bau ketiak secara signifikan.

Ini kerana cucian yang dilakukan akan menjadi lebih efektif atau berkesan pada permukaan kulit yang telah dicukur atau wax.

5. Pengurusan stres atau tekanan

Memandangkan reaksi stres boleh menyebabkan kelenjar peluh menghasilkan peluh, pengurusan stres dan teknik untuk mengurangkan kegelisahan boleh membantu anda mengawal reaksi stres yang anda alami dan mengurangkan respon perpeluhan fisiologi anda.

6. Tukar diet anda

Makanan berlemak, berminyak dan makanan dengan bau yang kuat seperti bawang putih, rempah, kari dan bawang boleh meresap ke dalam liang-liang anda lalu menyebabkan badan atau ketiak yang berbau.

Cuba tukar dengan diet yang lebih sihat atau kurangkan penggunaan sesetengah bahan dengan bau yang kuat dalam masakan anda.

Bukan susah pun untuk kurangkan atau hilangkan bau ketiak yang kuat.

Hanya sedikit perubahan yang diperlukan dalam gaya hidup anda, lalu masalah ketiak berbau anda pun akan hilang dengan segera.

Perkara yang paling, jangan sesekali malas dalam menguruskan diri dan pastikan faktor-faktor kebersihan sentiasa dititikberatkan.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.