
Siapa yang tidak suka makan telur. Malah kanak-kanaklah boleh dikatakan “hantu telur”.
Ia disebabkan rasanya yang enak dimakan sama ada secara rebus atau digoreng.
Semua orang tahu telur merupakan salah satu sumber protien penting yang diperlukan badan setiap manusia.
Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan dengan sebiji telur sama ada boleh digoreng, direbus dan dimasak gulai.
Biasanya setiap orang hanya akan menggunakan isi telur sahaja, tetapi tahukah anda bahawa kulit telur juga boleh dimakan selepas merebusnya.
Menurut Healthline, kulit telur mempunyai lebih kurang 40% kalsium.
Laporan mengatakan bahawa separuh kulit telur mampu memberi keperluan kalsium kepada orang dewasa.
1. Kalsium tambahan dan kesihatan tulang
Selain kulit telur, karbonat kalsium turut ditemui dalam siput, batu karang dan batu kapur.
Sedia maklum bahawa kalsium antara pembina dan menguatkan tulang. Kulit telur yang diproses akan menjadi serbuk boleh dimakan untuk kalsium tambahan.
Kulit telur juga mampu mengurangkan risiko sakit tulang seperti osteoporisis yang dialami masyarakat seluruh dunia.
Penggunaan serbuk kulit telur ia bukan sahaja mengurang sakit tulang tetapi mampu menjadikan tulang kembali kuat.
3. Cara makan kulit telur
Penggunaan yang betul adalah dengan mengisar kulit telur itu selepas merebusnya.
Serbuk itu kemudian boleh dicampurkan dengan makanan atau minuman.
Dinasihatkan supaya tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh memberi kesan kepada buah pinggang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]