Ikan Kap aneh berwajah manusia ditemui dalam tasik di China

Ikan Kap aneh berwajah manusia ditemui dalam tasik di China

Sebelum penemuan di China ini, ikap kap berwajah manusia turut dilaporkan ditemui di Taiwan dan United Kingdom.

Seorang pelancong yang mengunjungi sebuah perkampungan di selatan China terkejut apabila terjumpa seekor ikan yang mempunyai wajah seakan manusia.

Daily Mail melaporkan, ikan kap luar biasa itu ditemui di kampung Miao yang terkenal sebagai kawasan tumpuan pelancong di bandar Kunming.

Pelancong wanita itu yang terpegun melihatnya terus membuat rakaman video klip berdurasi 15 saat.

Video itu kemudian dikongsi di Weibo, platform media sosial China dan dalam klip tersebut, ikan itu dapat dilihat berenang ke tepi tasik dan menonjolkan kepalanya di atas permukaan air.

Ia kelihatan seperti mempunyai dua mata, dua garis vertikal yang menyerupai sisi hidung dan satu bentuk mendatar di bawah mulutnya.

Sebelum ini, ikan kap yang berwajah manusia turut dilaporkan ditemui di Taiwan dan United Kingdom.

Pada 2010, seorang lelaki Britain yang membeli lima ekor ikan terbabit turut mendakwa ia mula kelihatan seperti wajah manusia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.