4 polis Indonesia ditahan bersubahat culik warga Britain

4 polis Indonesia ditahan bersubahat culik warga Britain

Penculikan terancang itu membabitkan wang tebusan berjumlah RM3.7 juta

JAKARTA: Empat pegawai polis Indonesia dan dua orang awam ditahan dalam kes penculikan seorang warga Britain yang membabitkan wang tebusan AS$900,000 (RM3.7 juta), kata pihak berkuasa republik itu.

AFP melaporkan polis terbabit berpura-pura menahan mangsa di jalan bertol, sebelum membawanya ke balai dan sebuah hotel di ibu kota.

Jurucakap polis, Argo Yuwono berkata, beberapa penculik termasuk rakan sekerja mangsa berada di hotel itu dan memaksa dia menghubungi majikannya untuk menambah jumlah wang tebusan.

Dia kemudiannya dibebaskan selepas penculik mendapat wang tebusan dalam mata wang dolar AS yang mereka tukar kepada rupiah kemudian.

Kedutaan Britain di Jakarta yang tahu mengenai insiden tersebut, enggan memberi maklumat lanjut.

“Perkara ini dalam tindakan polis Indonesia,” kata jurucakap kedutaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.