Usaha luar biasa 2 guru tadika Kemas ajar murid cipta robot

Usaha luar biasa 2 guru tadika Kemas ajar murid cipta robot

Siti Arina Badli dan Hamimah Husin mengajar muridnya membina robot daripada kotak kasut dan bahan buangan yang lain.

Hamimah Husin (kiri) dan Siti Arina Badli bersama dua murid tadika Kemas dengan ciptaan robot mereka.
PUTRAJAYA:
Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk menjadi kreatif dan inovatif, mereka boleh tampil dengan perkara yang mengagumkan kerana dua guru tadika Kemas mereka boleh merealisasikannya.

Siti Arina Badli dan Hamimah Husin memberitahu FMT, mereka digalak mengajar robotik kepada murid mereka oleh Kementerian Pendidikan menerusi pendidikan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Kami dapati kanak-kanak itu suka robotik, menggerakkan bahagian-bahagian dan sebagainya. Sebab itulah kami wujudkan program Youngingeer.”

Dua guru terbabit mengambil masa selama enam bulan untuk merancang program itu. Mereka bukan jurutera atau pelajar kejuruteraan, tetapi mereka mendapat pengetahuan dari YouTube.

“Dalam program ini, kami mengajar kanak-kanak mengenai teori robotik, bahagian-bahagian yang terlibat dan bagaimana untuk menyambungnya,” kata Arina.

Robot yang dibina kanak-kanak itu dibuat daripada kotak kasut dan bahan buangan yang lain.

“Kami hanya menunjukkan mereka bagaimana membina robot. Kanak-kanak membinanya dengan idea mereka sendiri,” katanya.

Arina berkata cabaran terbesar adalah kos, terutamanya kerana mereka terpaksa memenuhi permintaan 25 kanak-kanak setiap kelas.

“Kami terpaksa membeli bahagian-bahagian tersebut melalui pesanan pukal. Kami memesannya dari China dan mengambil masa untuk menerimanya.”

Hamimah berkata mereka mencari penaja kerana kebanyakan pelajar datang dari keluarga berpendapatan rendah, namun dia menambah beberapa ibu bapa menyediakan barang-barang lama seperti motor daripada kipas yang rosak.

Beliau berkata idea itu mendapat sokongan penuh ibu bapa kerana ia di luar stigma yang disediakan tadika awam.

“Apabila orang berfikir tentang tadika Kemas, mereka hanya memikirkan anak-anak menyanyi dan belajar perkara asas. Tetapi apabila kita memperkenalkan robot, ibu bapa terkejut.”

Arina dan Hamima berkata mereka berharap dapat membawa robot itu ke Pertandingan Robotik Kebangsaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.