Pelancong bakal didenda RM350 jika ambil gambar di Kyoto

Pelancong bakal didenda RM350 jika ambil gambar di Kyoto

Terdapat beberapa papan tanda melarang pelancong untuk mengambil gambar di jalan persendirian di Gion, Kyoto.

Rakyat Malaysia sememangnya diketahui suka melancong ke negara-negara Asia.

Dan tidak dinafikan Jepun menjadi salah satu destinasi pilihan ramai.

Negara matahari terbit itu bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi tampil dengan pelbagai tempat yang menarik.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi ketika berada di Jepun, sudah tentu di Gion, yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.

Terbaru, satu undang-undang telah dikuatkuasakan dimana anda tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar atau video di jalan-jalan persendirian.

Bagaimana ingin tahu ia jalan persendirian? Terdapat papan tanda diletakkan pada jalan tersebut.

Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelancong tidak menghormati penduduk yang berada di situ dengan mengambil gambar dan merakam video tanpa persetujuan mereka.

Jika anda didapati melanggar peraturan tersebut, anda bakal dikenakan saman sebanyak 10,000 yen (RM350).

Jika anda tidak ditangkap ketika itu, pihak berkuasa akan melihat CCTV dan akan mengeluarkan saman terhadap anda.

Sehubungan itu bagi anda yang akan melancong ke Jepun perlulah ambil tahu peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.

Sumber : NHK news

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.