
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, Mindef mendapati ada jurang perbezaan ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dan selepas itu.
“Kita akan lihat isu ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam kerana rungutan secara umumnya diterima daripada pesara berpangkat tinggi yang mendapat bayaran pencen hampir sama dengan jumlah diterima anggota berpangkat rendah yang berpencen selepas itu.
“Pelarasan akan dilakukan lebih kurang 2% supaya perbezaan nilai akhir pencen yang mereka terima tidak terlalu ketara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjawab soalan tambahan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu usaha Mindef dalam membela nasib anggota tentera berpencen pada 1990-an sehingga 2004 bagi mendapat ganjaran sewajarnya berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Mengenai anggota tentera yang bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PGM) pada 3 Nov ini pula, katanya, Mindef akan berusaha memberi ganjaran berbentuk pencen, selain bantuan RM500 secara “one-off” pada tahun ini.