PM Lubnan letak jawatan, tunduk tuntutan protes 13 hari

PM Lubnan letak jawatan, tunduk tuntutan protes 13 hari

Lubnan telah lumpuh ekoran gelombang protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini, secara kolektif telah membawa Lubnan ke dalam krisis ekonomi paling teruk sejak perang saudara 1975-90.

Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri memutuskan untuk meletak jawatan susulan protes antikerajaan selama 13 hari. (Gambar AP)
BEIRUT:
Perdana Menteri Lubnan Saad al-Hariri meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah “buntu” dalam usaha menyelesaikan krisis politik ekoran protes besar terhadap golongan elit pemerintah.

Ahli politik Sunni ini berucap kepada negara, yang disiarkan menerusi televisyen setelah orang ramai setia kepada kumpulan Syiah Hezbollah dan Amal menyerang dan memusnahkan sebuah kem protes didirikan oleh penunjuk perasaan antikerajaan di Beirut.

Lubnan telah lumpuh ekoran gelombang protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap rasuah kelas politik, yang meluas, secara kolektif telah membawa Lubnan ke dalam krisis ekonomi paling teruk sejak perang saudara 1975-90.

“Selama 13 hari rakyat Lubnan telah menunggu keputusan untuk penyelesaian politik yang membawa kepada kemerosotan ekonomi. Dan saya telah mencuba, dalam tempoh ini, untuk mencari jalan keluar, untuk mendengar suara rakyat,” kata beliau dalam ucapannya.

“Sudah tiba masa untuk kita menghadapi kejutan besar dalam krisis. Saya akan ke istana Baabda (presiden) untuk menyerahkan peletakan jawatan kerajaan. Kepada semua rakan kongsi dalam kehidupan politik, tanggungjawab kita hari ini adalah bagaimana kita melindungi Lubnan dan memulihkan ekonominya,” kata beliau lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.