
Ini serangan kedua dalam tempoh beberapa hari ke atas kubu kuat Hizbullah ketika gencatan senjata selama empat bulan.
Pemimpin Lubnan mengecam serangan kira-kira 3.30 pagi itu, ketika umat Islam meraikan Aidilfitri.
Kementerian Kesihatan melaporkan empat maut, termasuk seorang wanita.
Israel dan Hizbullah secara berasingan berkata, serangan itu membunuh Hassan Bdair, yang dikenal pasti sumber rapat dengan kumpulan disokong Iran itu sebagai “timbalan ketua bagi hal ehwal Palestin”.
Sumber yang enggan dinamakan itu berkata, Bdair berada “di rumah bersama keluarganya” ketika serangan berlaku.
Terdahulu, Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan Lubnan Jumaat lalu sebagai tindak balas kepada serangan roket, selepas ia mengeluarkan amaran pemindahan.
Perkhidmatan tentera dan keselamatan Israel dalam kenyataan mendakwa Bdair adalah penghubung Hizbullah dan Hamas yang “mengarahkan pejuang Hamas serta membantu mereka dalam merancang dan melancarkan serangan ke atas orang awam Israel”.
Perdana Menteri, Nawaf Salam mengecam serangan itu sebagai “pelanggaran jelas” gencatan senjata sejak 27 Nov lalu.