“Resting Bitch Face” atau “RBF” ialah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul, seolah-olah marah, jengkel atau seakan-akan menghina.

Ia lebih ketara ketika individu itu sedang bersantai, berehat, mendengar rakan bercerita atau langsung tidak berbuat apa-apa.
Ekspresi RBF juga tidak dapat membezakan sama ada wanita itu sedang gembira, bahagia, sedih, marah, takut, terkejut, jijik ekspresinya sama sahaja neutral.
Kita yang melihat tidak tahu apa reaksi sebenar individu begini.
Tahukah anda kerana itu, sekarang wanita di Amerika Syarikat dilaporkan memilih untuk menjalani pembedahan plastik untuk mengembalikan struktur muka yang normal.
Untuk mendapatkan bentuk muka yang menyenangkan, para doktor melakukan suntikan “filler” dan “botox” di beberapa bahagian di muka.
Selalunya tumpuan diberikan kepada suntikan muka dan bibir.
Setiap pakar mempunyai teknik mereka yang tersendiri, dan bergantung juga kepada pesakit.
“Mereka tidak menggunakan perkataan ‘resting bitch face’ tetapi bila saya menyebut ‘RBF’, mereka mengangguk dan mengiyakan ya,” jelas pakar bedah plastik dan pengarah perubatan AS David Shafer yang mendapat permintaan hampir setiap minggu dari pelbagai kalangan wanita.
Prosedur dilaporkan mengambil masa antara 10 hingga 20 minit dan bertahan sehingga dua tahun.
Kosnya pula sekitar antara AS$500 hingga AS$5,000, bergantung kepada bilangan suntikan.
Sumber: New York Post
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]