Lelaki British hilang kaki, 1 lagi cedera diserang jerung di Australia

Lelaki British hilang kaki, 1 lagi cedera diserang jerung di Australia

Ketika kejadian, dua pelancong itu sedang melakukan snorkelling dekat Pantai Airlie di wilayah Whitsunday Passage yang terkenal.

Sekurang-kurangnya empat serangan jerung berlaku di Whitsundays sejak Sept tahun lalu, dengan satu kematian direkodkan. (Gambar AFP)
SYDNEY:
Seorang lelaki British kehilangan kaki kanannya, manakala seorang lagi cedera diserang seekor ikan jerung di pantai timur laut Australia, kata pegawai kecemasan di negeri Queensland.

Ketika kejadian, dua pelancong itu sedang melakukan snorkelling dekat Pantai Airlie di wilayah Whitsunday Passage yang terkenal.

Perkhidmatan penyelamat negeri itu yang dikenali sebagai RACQ CQ Rescue berkata, mangsa diterbangkan ke Hospital Mackay Base dengan helikopter, kira-kira 950km utara ibu negeri, Brisbane, dalam keadaan serius tetapi stabil.

“Kaki seorang pelancong British putus dan seorang lagi melecet teruk di betis selepas satu serangan jerung di Whitsundays hari ini,” tulis RACQ CQ Rescue di Twitter.

Dua lelaki itu memberitahu anggota penyelamat, mereka bertarung dengan jerung itu.

Perkhidmatan Ambulans Queensland berkata, kaki kanan lelaki berusia 28 tahun itu terputus digigit jerung, manakala betis lelaki berusia 22 tahun melecet teruk.

Sekurang-kurangnya empat serangan jerung berlaku di Whitsundays sejak Sept tahun lalu, dengan satu daripadanya maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.