
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata seorang penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng wanita berusia 29 tahun maut dalam nahas 5.24 petang itu.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur dan setibanya di lokasi, motosikal ditunggang lelaki tempatan itu dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas serta melanggar pembahagi lebuh raya.
Beliau berkata, penunggang motosikal itu jatuh di lorong kanan, manakala pemboncengnya yang juga warga Singapura tercampak ke laluan bertentangan.
“Penunggang motosikal parah di kepala, tangan dan badan, manakala pembonceng putus kaki kanan. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.