
SYDNEY: Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays Australia pada Khamis lapor agensi berita Xinhua.
Ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang berenang di Pantai Catseye, Pulau Hamilton dan menyebabkan warga emas mengalami kecederaan di paha, manakala remaja itu digigit di kaki.
Tahun lalu, seorang lelaki maut diserang jerung semasa berenang di Whitsundays Cid Harbour.
Walaupun terdapat peningkatan jumlah serangan di rantau terbabit, pakar mengatakan insiden itu masih disifatkan terpencil.
“Kejadian serangan sangat jarang berlaku di Whitsundays,” kata pakar penyelidik ikan yu Samantha Munroe kepada AAP.