
Menurut Ketua Polis Seberang Perai Selatan Chong Boo Khim, dua beradik itu cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka, yang ditunggang nenek berusia 50an, terlibat dalam kemalangan pada kira-kira 7.35 pagi tadi, dalam perjalanan ke sekolah.
Katanya, nenek kanak-kanak tersebut turut cedera di kepala dan mangsa diberi rawatan lanjut di Hospital Sungai Bakap, lapor Bernama.
Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.
Chong meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat Mohd Rizal Abdul Rani di talian 013-9396252 atau mana-mana balai polis berdekatan.