Menginspirasi rasa kepercayaan dalam kalangan rakyat

Menginspirasi rasa kepercayaan dalam kalangan rakyat

Sudah sampai waktunya seseorang tampil untuk mengambil alih tugas, bukan bermain permainan tunggu, lihat dan teka-meneka.

Setelah hampir sekian lama dijajah pemikiran dan minda, masyarakat dan rakyat Malaysia yang sebenarnya memerlukan seseorang atau sesuatu yang jujur, amanah atau tulen.

Kita harus menceritakan dan berkongsi kebenaran, terutamanya tentang realiti kehidupan kita.

Rakyat Malaysia sepatutnya diberitahu bahawa sudah sampai waktunya seseorang tampil untuk mengambil alih tugas, bukan bermain permainan tunggu, lihat dan teka-meneka.

Sebagai contoh, pelajar harus mengakui jika mereka tidak mempamerkan hasil penulisan mereka sendiri atau sering tidak jujur dalam menghadapi ujian, termasuk membuat dan menghantar tugasan kerja kursus, manakala pendidik harus mengakui kekurangan sendiri, bahawa mereka tidak benar-benar mengajar apa yang seharusnya diajar.

Drama dan lakonan putar-belit dan kenyataan pusingan U sedikit sebanyak telah membawa kepada tenaga kerja yang sinis, ragu-ragu dan berputus asa kerana kejujuran berkurang.

Kita perlu membangunkan tindakan positif yang datang daripada pemimpin yang baik dan bijak.

Seperti yang dikatakan Gary Feldman, “perusahaan adalah cermin pemimpin. Ikan tidak mereput dari ekor dan perusahaan tidak akan hanya berjaya atau gagal dari bawah.”

Untuk menjadi negara yang hebat, pemimpin dan rakyat harus memberi inspirasi kepada kepercayaan.

Tiada siapa yang suka tertipu. Membuat, menyebarkan dan menceritakan kebohongan adalah isu biasa di tempat kerja dan media kini.

Kebenaran adalah asas dan kita mestilah amanah, jujur, telus dan ikhlas dengan diri sendiri.

Ramai pemimpin (terutamanya ahli politik) gagal mengakui dan mengatasi kesilapan mereka.

Ramai yang tidak memiliki dan berurusan secara ‘al-amin’ dengannya.

Menyangkal fakta yang ditunjukkan dan mengabaikannya, menggunakan orang lain untuk meningkatkan diri sendiri, menyahkan dengan mudah kerumitan dan menolak permasalahan kepada orang lain mungkin kenyataan paling sesuai untuknya.

Ramai yang kelihatan baik sebagai “pelakon” atau sering penuh dengan “kepura-puraan”.

Kenyataan yang dibuat dalam berita atau media tidak mewakili realiti kerana takut dan menunjukkan bahawa anda juga melakukan kesilapan.

Ramai berpura-pura kelihatan kuat, tetapi wajah menunjukkan anda berbohong.

Apa yang anda lupa adalah akikat bahawa tiada siapa akan mengikut anda sehingga mereka tahu siapakah diri anda sebenarnya.

Seringkali peraturan, dasar dan pendekatan baru dan berlebihan yang dibuat menimbulkan rasa tidak percaya dalam organisasi.

Ini menunjukkan keperluan untuk mengawal dan anda pula tidak lagi mempercayai sesiapa pun.

Peraturan yang berlebihan mendidik orang lain untuk tidak memberikan sepenuh hati dan jiwa, malah sebaliknya mempamirkan betapa sedikit yang boleh mereka lakukan dan akan cuba mengelak untuk memberi kerjasama.

Anda tidak mempercayai mereka, jadi mengapakah mereka perlu bekerja keras?

Lihatlah diri anda di dalam cermin dan tanyakan kepada diri sendiri berapa banyakkah kebaikan yang anda lakukan minggu ini atau berapa kali anda berbohong.

Tiada apa-apa perkara yang dikira sebagai “bohong sunat”.

Pemimpin yang baik yang menginspirasikan jiwa orang lain tidak memperlekehkan fakta atau dengan mudah mengambil ringan.

Kepercayaan bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah untuk dijual beli. Andai hilangnya kepercayaan, maka agak sukar untuk membinanya semula.

Membina hubungan yang luar biasa berdasarkan kejujuran dan seterusnya membina organisasi yang diilhamkan adalah sesuatu yang dihasratkan.

Kita memerlukan seseorang atau sesuatu yang jujur, boleh dipercayai atau tulen.

Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.