Turki keluar 61 lagi waran tangkap suspek dalang rampasan kuasa 2016

Turki keluar 61 lagi waran tangkap suspek dalang rampasan kuasa 2016

Pihak pendakwa wilayah Aegean Izmir mengeluarkan 20 waran tangkap - termasuk ke atas pegawai polis - kerana dituduh menggunakan aplikasi ByLock.

Beribu-ribu orang telah ditahan ekoran rampasan kuasa di Turki pada 2016.

IZMIR/KAYSERI: Turki mengeluarkan sebanyak 61 lagi waran tangkap terhadap suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto), dalang di sebalik rampasan kuasa pada 2016, lapor agensi berita Anadolu memetik sumber kehakiman.

Pihak pendakwa wilayah Aegean Izmir mengeluarkan 20 waran tangkap – termasuk ke atas pegawai polis – kerana dituduh menggunakan aplikasi ByLock, satu sistem pesanan telefon pintar rahsia yang dibangunkan kumpulan pengganas, kata seorang sumber yang enggan namanya disiarkan.

Susulan itu, polis melancarkan serbuan secara serentak di empat wilayah untuk menahan suspek.

Di wilayah tengah Kayseri, sebanyak 41 waran tangkap dikeluarkan dan 35 serbuan dilancarkan.

Feto dan pemimpinnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fetullah Gulen merancang rampasan kuasa pada 15 Julai 2016, menyebabkan 251 orang maut manakala 2,200 lagi cedera.

Ankara menuduh Feto dalang di sebalik kempen menggulingkan kerajaan dengan menyusup masuk ke dalam institusi di Turki, khususnya tentera, polis dan kehakiman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.