
Ahli Jawatankuasa Pemantauan Ekonomi Pemuda Umno, Mohd Izwan Mohd Noor berkata kerajaan Mahathir seolah-olah “berkeras menentang semua orang” walaupun eksport minyak sawit merosot.
“Masa untuk bercakap berlebihan dan mendapat populariti di peringkat dunia, seperti pada era 90-an, yang telah lalu,” katanya kepada FMT.
Tempoh Mahathir sebagai perdana menteri selama 22 tahun meliputi seluruh 1990-an.
Perdana menteri tegas dengan ucapannya sewaktu Perhimpunan Agung PBB, baru-baru ini di mana beliau mendakwa India terus menawan dan menduduki Kashmir dan Jammu walaupun ada resolusi PBB di wilayah itu.
Ucapannya mencetuskan tindak balas atas talian, di mana pengguna media sosial di India menyeru untuk memboikot Malaysia.
Menurut laporan berita, India mungkin mengkaji semula import minyak sawit dan produk Malaysia yang lain dan satu pertubuhan perdagangan India meminta ahlinya tidak membeli minyak sawit dari Malaysia.
Izwan berkata taktik diplomatik penting pada masa ekonomi Malaysia tidak baik.
“Apa pun yang kita katakan, sama ada untuk menimbulkan kebimbangan mengenai hutang fiskal atau bertelagah dengan jiran, akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia,” katanya.
Beliau mendakwa Malaysia tidak lagi menjadi pilihan pelabur, kini jiran-jirannya mengejar atau mengatasi Malaysia dalam menarik pelabur asing.
Sementara itu, pakar ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Firdaos Rosli berkata beliau percaya Mahathir mempunyai alasan politik bagi ucapannya dan mungkin mengira kesannya.
“Saya percaya kejatuhan akan menjadi minimum dan sangat sementara, jika ada apa-apa. Boikot biasanya tidak bertahan lama,” katanya.
Apa-apa gangguan eksport ke India, katanya, juga akan menjejaskan pengimport di negara itu. “Maklum balas terbaik kita terhadap sebarang pelan boikot adalah dengan hanya diam dan membiarkan isu itu meletup.”
Firdaos berkata kebimbangan yang lebih besar adalah mungkin sekatan perdagangan AS kerana ia akan menjejaskan banyak industri dan rantaian bekalan pada skala nasional.
“Ini adalah sesuatu yang mesti dielakkan. Kita perlu membincangkan semua saluran diplomatik untuk mengelakkan ini.”