Tidak dinafikan ramai sebenarnya penggemar kereta lama ini.

Jadi sebelum anda ada perancangan nak beli kereta lama atau kereta lebih 10 tahun, pastikan anda ambil tahu beberapa perkara penting.
Sebagai persediaan untuk membeli kereta lama, pastikan anda ikuti nasihat yang dikongsikan G Car Care menerusi laman Facebooknya.
Tips perkongsian kereta lama atau lebih 10 tahun
Sedikit perkongsian kepada sesiapa yang ingin beli kereta lama.
Kereta lama ini kebanyakan pembeli secara tunai memandangkan harga juga murah namun tak dinafikan ada juga harga tak masuk akal tengok keadaan kereta.
Kebanyakan yang harga mahal tu kereta “rare”.

1. Kepada sesiapa yang ambil kereta lama ni, disarankan untuk permulaan repair bahagian bawah dulu atau “undercarriage”, tukar bush, suspension, brake, lower arm, mounting dan sebagainya.
Boleh buat sikit-sikit dan bajet untuk under carriage ni dalam RM4 ribu ke RM5 ribu.
Lagipun kereta lama ni banyak barang “aftermarket” juga.
2. Bahagian dalaman kereta interior yang ni makeup ikut citarasa masing-masing.
Jika nak cun tukar la seat recaro ke, sparco ke atau acah-acah pakai sscus pun ok dah janji sedap duduk je.
3. Wear and tear atau barangan pakai habis macam clutch, brake, filter, timing belt dan sebagainya ini adalah bahagian boleh dikatakan penting juga tapi boleh la buat sikit-sikit anggaran dalam RM2 ribu ke RM3 ribu.
Perihal “maintenance” kereta
Walaupun beli kereta lama ini tiada hutang tapi pembeli perlu sentiasa beringat hal maintenance kereta juga.
Apa yang boleh dikongsikan harga kereta lama yang best-best macam vtec, mivec, 4G93 1.8 dan seangkatan dengannya.
Kadang-kadang sparepart mahal sangat dari kereta baru sebab barang sudah rare dan sangat limited.
Tapi ada kos yang rendah lagi. Agak subjektif juga kalau beli kereta lama ini kebanyakan ikut nasib kalau boleh nak beli beli dengan tuan kereta lagi ok apa-apa senang rujuk.
Mana tau ada rezeki anda beli tinggal cuci kaki, start enjin tekan jer…
Tapi kena faham ada kereta lama lagi murah dari Honda Cup ex5 tapi maintanance bukan macam ex5 kereta tetap harga kereta tak sama harga motosikal.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]