
Ini susulan penghakiman persetujuan yang direkodkan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah hari ini.
Jun lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya dilaporkan berkata, ia memfailkan saman pelucuthakan terhadap 41 entiti dan individu untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang ada kaitan dengan 1MDB.
Ini ialah kes pertama kerajaan memulangkan wang yang dirampas di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Peguam, Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili LDP berkata, Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada anak guamnya yang wang itu bukan daripada 1MDB.
Jagjit yang dibantu Wan Muhd Ariff Ameer Wan Normazian dan Kamal Bahrain Nali berkata, hanya RM9,560.96 diambil kerajaan kerana ia datang daripada 1MDB.
Sebanyak RM509,560.96 yang dirampas daripada LDP pada Sept tahun lalu, dibekukan SPRM pada akhir Jun lalu.
Afidavit yang difailkan Presiden LDP, Chin Su Phin dan Setiausaha Agungnya, Yong Wui Ching mendedahkan parti itu menerima RM3.5 juta daripada bekas perdana menteri, Najib Razak antara 2012 serta 2013.
Jejak wang itu turut mendedahkan ia digunakan bekas presiden LDP, Liew Vui Keong yang kini menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Afidavit itu menunjukkan hanya RM9,560,96 baki dalam sebuah akaun bank setakat 30 Mei tahun lalu.
“Pada 27 Jun tahun lalu, RM500,000 daripada dana pendidikan parti dipindahkan ke akaun bank, menjadikan bakinya berjumlah RM509,560.96.”
Chin dan Yong turut hadir di mahkamah hari ini.