Sejak akhir-akhir menjadi satu trend apabila ramai golongan bapa yang memberanikan diri untuk melakukan aksi “lagak ngeri” terhadap anaknya untuk membuat “baby standing”.

Aksi tersebut kemudiannya dirakamkan bertujuan untuk tontonan umum sekaligus memperlihat kehandalan si bapa dalam menstabilkan anak mereka hanya di atas tapak tangan.
Isu ini menjadi viral apabila baru-baru ini seorang selebriti, Hairul Azreen turut melakukan aksi sedemikian dan dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya.
Video itu mendapat 725,490 jumlah tontonan. Ada yang memuji dengan keberaniannya itu namun tidak kurang juga yang menegur tindakannya termasuklah Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar.
Menurut Sheikh Muszaphar ia tidak boleh dilakukan dengan memberi tekanan kepada kaki dan lutut seseorang bayi selagi belum bersedia.
Turut mengukuhkan kenyataan itu apabila Public Health Malaysia berkata aksi tersebut boleh mengakibatkan anak terjatuh dan patah tulang, risiko tulang bayi juga boleh membengkok.
Ini kerana daya tekanan diletakkan pada kaki bayi untuk menampung badan dan kestabilannya diatas tapak tangan si bapa.
Selain itu juga ibu bapa bapa perlu tahu yang bukan semua bayi mempunyai kekuatan yang sama walaupun sama usianya, kerana umum mengetahui bahawa tidak semua bayi berumur setahun sudah boleh berjalan.
Yang paling utama adalah jika risiko jatuh berlaku, ia boleh mengakibatkan kecederaan teruk di bahagian kepala.
Jadi ibu bapa perlu berwaspada dalam hal ini dan tidak mengambil langkah sesuka hati untuk menghiburkan hati sendiri atau mana-mana pihak lain.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]