
Seramai 13 orang hilang, lapor stesen NHK yang turut menambah, memandangkan taufan Hagibis mengenggelamkan kawasan rendah di bahagian tengah dan timur Jepun, bekalan kuasa kepada hampir setengah juta rumah juga terjejas.
Sekatan pendaratan di lapangan terbang Tokyo Narita dan Haneda telah ditarik balik tetapi lebih 800 penerbangan dibatalkan hari itu, kata NHK lagi. Beberapa perkhidmatan kereta api laju ke Shinkansen paling teruk dilanda taufan.
Pihak berkuasa telah menarik balik amaran hujan di wilayah Kanto di sekitar Tokyo, di mana kedai dibuka semula dan banyak laluan kereta api kembali beroperasi, tetapi mereka memberi amaran masih ada risiko air sungai di timur Jepun melimpah dan mengakibatkan kerosakan baru.
Perdana Menteri Shinzo Abe mengadakan mesyuarat tergempar dengan menteri-menteri berkaitan dan menghantar menteri bertanggungjawab ke atas pengurusan bencana ke kawasan terjejas.
Beliau mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan anggota keluarga dan berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat.
“Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk bekerjasama dengan agensi dan operator yang berkaitan bagi mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin,” kata Abe.
Kerajaan juga telah menubuhkan pasukan petugas untuk menangani kerosakan, lapor NHK.