
Ia berikutan beberapa pemain utama berstatus “superstar” yang tarik diri daripada permainan Dota 2 kerana tarikh Sukan SEA yang dijadualkan bermula 5 hingga 10 Dis ini bertindih dengan siri kelayakan Kejohanan Major.
Pengurus pasukan, Firdaus Hashim berkata, negara-negara lain juga dijangka menghantar pasukan semi-pro apabila pemain utama mereka menyertai kelayakan peringkat antarabangsa di China dan Eropah.
“Mungkin akan ada perubahan kecil selepas kami bincang kembali dengan jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) pada bulan depan. Persiapan kita berjalan dengan baik dan kami memulakan latihan pusat sejak September lalu,” katanya pada sidang media Team Malaysia di MSN hari ini.
Malaysia akan menyertai enam permainan iaitu Arena of Valor, Starcraft II, Dota 2, Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang dan Hearthstone apabila e-Sukan membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan itu.