Skuad e-sukan Malaysia cipta sejarah muncul juara dunia di Riyadh

Skuad e-sukan Malaysia cipta sejarah muncul juara dunia di Riyadh

Pasukan dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants menewaskan Filipina 2-0.

Kemenangan pada Kejohanan Dunia IESF di Riyadh, Arab Saudi, menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang USD70,000 (RM 313,180).
KUALA LUMPUR:
Pasukan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Dunia IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.

Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants diketuai Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes) dan ‘Gold Laner’ pasukan JP Niners, Ealtond Rayner (Lolealz).

Pasukan negara bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 17 ‘kills’ berbalas 14 dalam aksi yang berlangsung hampir 22 minit.

Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia bermula sedikit goyah namun berjaya mengemaskan corak permainan untuk menang sembilan ‘kills’ berbalas empat sekali gus menjulang kejuaraan sulung buat negara di kejohanan itu.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Malaysia berjaya membawa pulang wang berjumlah USD70,000 (RM 313,180).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.