
Mahkamah Tinggi mengadakan pendengaran praperbicaraan di Christchurch untuk mempertimbangkan permohonan Brenton Tarrant untuk memindahkan tempat perbicaraannya dari bandar itu.
Bagaimanapun, hakim Cameron Mander mengumumkan pada permulaan prosiding bahawa pihak pembela memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan itu, yang awalnya difail pada Ogos.
Tiada alasan diberikan untuk keputusan itu.
Warga Australia berusia 28 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap 51 pembunuhan, 40 cubaan membunuh dan terlibat dalam perbuatan pengganas.
Perbicaraannya akan bermula pada 2 Jun tahun depan di Christchurch.
Christchurch adalah lokasi kejadian tembakan yang paling buruk dalam sejarah New Zealand moden pada 15 Mac, apabila Tarrant didakwa melepaskan tembakan di dua masjid sambil menyiarkannya secara langsung di media sosial.
Tarrant, seorang supremasi kulit putih, muncul dalam pendengaran pada Khamis melalui pautan audio-visual dari penjara berkeselamatan maksimum di Auckland, walaupun media dihalang daripada merakam video atau gambarnya.