Noor Nabila derhaka? Sharnaaz fail nusyuz

Noor Nabila derhaka? Sharnaaz fail nusyuz

Bagi memperbetulkan spekulasi dan keadaan yang membelenggu rumah tangga Sharnaaz bertindak memfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila.

Kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila memasuki episod baru apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, permohonan itu difailkan pada 19 September lalu.

Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya memetik media mstar.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Noor Nabila mengesahkan menerima permohonan tersebut pada 22 September lalu.

Sementara itu, Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka manakala Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan.

Mahkamah menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan semula kes nusyuz bagil hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz pada 27 Ogos lalu.

Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.