
Hukuman dibuat Hakim Syarie Syazwan Mohd Yusof terhadap tertuduh, Azman Mohamed Seh, 45; Muhammad Suhail Suttrysono, 35, dan Anuar Bandi, 40, selepas mengambil kira rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, menurut Berita Harian.
Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara 14 hari jika gagal membayar denda. Mereka menjelaskan denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Suhail yang juga pengawal keselamatan didakwa mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan upacara pemujaan salah yang bertentangan dengan akidah.
Azman dan Anuar pula didakwa mengikut Seksyen 43 (b) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 3 Enakmen sama kerana bersubahat dalam persembahan berunsurkan syirik.
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan lapang hadapan sebuah rumah di Parit Raja, antara 10 malam hingga 1 pagi, 10 dan 11 Ogos lalu.
Pendakwa Syarie Ummu Salamah Sukayat mengendalikan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.