Jerebu pulih, hanya 25 kawasan tidak sihat setakat 7 pagi

Jerebu pulih, hanya 25 kawasan tidak sihat setakat 7 pagi

Bilangan kawasan tidak sihat menurun berbanding sekitar 36 kawasan 24 jam yang lalu.

Bilangan kawasan tidak sihat akibat jerebu di seluruh negara menurun berbanding sekitar 36 kawasan 24 jam yang lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Keadaan berjerebu yang melanda sebahagian besar negara sejak awal bulan ini menunjukkan pemulihan ketara dengan hanya 25 kawasan masih dalam kategori tidak sihat setakat 7 pagi tadi.

Bilangan itu rendah berbanding sekitar 36 kawasan 24 jam yang lalu.

Johan Setia Klang mencatatkan paras 168 setakat 7 pagi berbanding 211 sekitar 9 pagi semalam. Ia sebelum ini dikategorikan sebagai sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pernah melebih paras 300.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat termasuklah Tasek Ipoh (128), Pegoh Ipoh (107) dan Seri Manjung (130).

Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan 109 dan Cheras (103) manakala Putrajaya 132.
Kuala Selangor merekodkan 105, Petaling Jaya (105), Shah Alam (109), Klang (120), Banting (132), Nilai (148), Seremban (116), Port Dickson (118), Bukit Rambai (103), Segamat (122), Rompin (107), Temerloh (144), Indera Mahkota Kuantan (107), Balok Baru Kuantan (112), Kemaman (128), Paka (105), Kuala Terengganu (106) dan Tanah Merah (110).
Pada 9 pagi ini kesemua kawasan di Sarawak mencatatkan paras sederhana iaitu di bawah 100.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.