
Jerebu antara masalah yang membelenggu rakyat Malaysia ketika ini.
Tidak dinafikan banyak pihak terjejas termasuklah budak sekolah.
Ia termasuklah penghantar makanan Food Panda dan Grab Food.
Walaupun dalam keadaan jerebu tebal kebanyakan mereka tetap menunggang motor bagi menghantar makanan kepada para pelanggan.
Ia dilakukan demi mencari sesuap nasi menyara isteri serta anak bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Menurut Mohammad Izzuan Hakimi, pendapatannya merosot hampir 80% akibat jerebu teruk yang berlaku.
Ini kerana katanya ramai yang mengambil keputusan untuk tidak keluar dari rumah dan makan apa sahaja yang ada.

“Sebelum jerebu saya mendapat 20 tempahan dalam masa sehari, tetapi disebabkan jerebu teruk, tempahan merosot sehingga lapan sahaja,” katanya kepada FMT.
Menurut Izzuan lagi, sebelum ini pendapatannya sehari mampu cecah sehingga RM200 sehari.
Meskipun berdepan pelbagai risiko dek kerana jerebu tebal, namun sebagai penghantar makanan mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Malah kata Izzuan ada rakannya yang tidak sihat seperti batuk serta pedih mata tapi tetap perlu meneruskan tugasnya menghantar makanan.
“Apa kita boleh buat, kalau tak kerja siapa nak tanggung kita kalau bukan diri sendiri?” soalnya lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]