Cemburu beban kerja, pembantu rumah Indonesia campur tepung susu dengan sabun

Cemburu beban kerja, pembantu rumah Indonesia campur tepung susu dengan sabun

Mahkamah Singapura mengenakan hukuman penjara ke atas pembantu rumah Indonesia yang mahu menganiaya rakan kerja dari Myanmar.

JAKARTA:
Gara-gara cemburu beban kerja, seorang pembantu rumah Indonesia sanggup mencampur sabun ke dalam susu tepung bayi hanya kerana mahu mengenakan rakan kerja dari Myanmar.

Pembantu berusia 29 tahun melakukan kesalahan itu kerana dia cemburu terhadap pembantu rumah yang bekerja untuk kakak ipar bosnya.

Dia merasakan warga Myanmar berusia 25 tahun itu hanya perlu menjaga bayi sementara dia pula terpaksa melakukan kerja rumah.

Pembantu rumah Indonesia yang berusia itu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah Singapura pada Jumaat selepas mengaku bersalah cuba menyebabkan bayi berusia tiga bulan minum campuran susu tepung dan sabun.

Dia tidak boleh dinamakan kerana perintah larangan demi melindungi identiti bayi terbabit.
Bayi itu tidak minum sebarang susu tercemar, dan mahkamah juga mendapati tidak ada bukti bayi telah didera pembantu rumah Indonesia, lapor Jakarta Post.

Timbalan Pendakwa Raya Zhou Yang berkata pembantu rumah itu mula bekerja untuk bapa saudara bayi pada April 2015. Pada masa-masa tertentu, lelaki, kakak iparnya dan ahli keluarga mereka akan tetap bersama. Kedua-dua pembantu rumah tersebut juga akan datang ke rumah yang terletak berhampiran Hougang Avenue 1.

Ekoran rasa cemburu terhadap pembantunya yang lain, pembantu rumah Indonesia mencampur sabun ke dalam susu tepung bayi pada 6 Sept tahun lepas.

Keesokan hari, apabila ibu bayi menggunakan campuran tercemar untuk menyediakan susu, dia melihat beberapa zarah hitam dan merah jambu di bahagian bawah botol susu bayi.

Timbalan pendakwa raya juga memberitahu: “(Ibu) meletakkan botol susu pertama, menggunakan botol susu lain untuk membuat susu menggunakan serbuk susu yang tercemar, dan kali ini dia melihat zarah biru dalam botol susu.”

Apabila dia membuka bekas yang mengandungi serbuk susu tercemar, dia mengesan bau seperti sabun. Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, dia menggunakan susu badan untuk menyusukan bayinya.

Keesokan harinya, pada 8 Sept, bos pembantu rumah Indonesia memberitahu polis mengenai serbuk susu yang tercemar dan memberitahu dia percaya pembantu rumah terbabit sebagai satu-satunya suspek.

Zhou berkata laporan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan 29 Ogos tahun ini menyebut apabila terkena sabun, kanak-kanak di bawah usia enam tahun boleh mengalami kesan seperti muntah dan tercekik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.