Anak lelaki Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung

Anak lelaki Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung

Abdullah Morsi merupakan anak lelaki bongsu bekas presiden Mesir Mohammed Morsi yang digulingkan pada 2013.

Anak lelaki bongsu bekas presiden Mesir Mohammed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung. (Gambar Reuters)
ANKARA:
Anak lelaki bongsu bekas presiden Mesir Mohammed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di sebuah hospital di Kaherah.

Sumber yang merupakan ahli keluarga Morsi mengesahkan kematian Abdullah Morsi kepada agensi berita Turki Anadolu tanpa memberikan butiran lanjut.

Kementerian Kesihatan Mesir belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Mohammed Morsi, presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik, meninggal dunia pada Jun semasa dibicarakan atas pelbagai pertuduhan.

Beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Presiden semasa Abdel-Fattah al-Sisi selepas setahun berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.