Sejarah Perang Dunia kedua ketepikan hak pejuang Sybil Kathigasu

Sejarah Perang Dunia kedua ketepikan hak pejuang Sybil Kathigasu

Sybil Kathigasu antara pejuang yang diseksa teruk termasuk suami dan anaknya oleh Tentera Jepun kerana enggan membocorkan maklumat.

Rumah peninggalan Sybil Kathigasu yang terletak di Papan, Ipoh.

Hari ini, 3 September merupakan hari ulangtahun kelahiran Sybil Kathigasu.

Anda pasti tidak akan teringat tentang hari jadinya kerana perkara yang paling tidak boleh dilupakan apabila saat kukunya dicabut, kemudian ditusuk jarum sehingga tembus dari bawah jari sehingga keluar ke kawasan kuku yang telah dicabut.

Malah, kakinya turut dilecurkan dengan besi panas, badannya dipukul dengan batang buluh serta diseksa lemas dengan air separuh mati.

Seksaan yang diterima itu akibat daripada tindakan Sybil sendiri enggan mendedahkan maklumat tentang bantuan yang diberikannya dari segi perubatan kepada tentera Jepun Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA).

Akibat daripada seksaan oleh tentera Jepun, Sybil mengalami kerosakan tulang belakang, patah tulang dan patah rahang mukanya.

Perjuangan Sybil harus direkod sebagai sejarah dalam peperangan Dunia Kedua.

Dan selepas diseksa dan tidak dapat sebarang maklumat daripada Sybil, beliau terus diletakkan di penjara Batu Gajah pada tahun 1943.

Manakala anak perempuannya yang berusia 5 tahun, Dawn, digantung dari pokok dan diancam untuk dipanggang hidup-hidup.

Suaminya pula, Dr Kathigesu sering dipukul di hadapannya.

Sybil melihat kesengsaraan keluarganya itu di depan matanya sendiri namun beliau tetap tidak berputus asa.

Beliau tetap bersemangat kental menghadapi apa jua hukuman berat yang ditimbulkan oleh tentera Jepun.

Sebahagian daripada peralatan perubatan yang digunakan Sybil untuk merawat pesakitnya.
Disebabkan memberi rawatan kepada kepada tentera Jepun Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA), Sybil sekeluarga diseksa dengan teruk oleh tentera Jepun.

Bagaimanapun nasib menyebelahi dan Sybil terselamat daripada perang yang berakhir pada Ogos 1945.

Selepas tiga minggu peperangan berakhir, Kapten David seorang tentera British datang ke Tanah Melayu untuk mencari Sybil di Penjara Batu Gajah.

Sybil akhirnya dibebaskan dan terus dihantar ke England dengan menaiki kapal terbang untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun beliau akhirnya meninggal dunia ketika berusia 49 tahun iaitu pada 12 Jun 1948 di Hospital Lanark, Scotland iaitu 7 bulan selepas dibebaskan daripada penjara.

Kematiannya disebabkan luka lama pada rahang akibat daripada ditendang oleh tentera Jepun yang ketika itu memakai kasut bot yang telah membawa kepada serangan septikemia.

Sebahagian daripada perabot lama yang masih disimpan dan dijaga dengan elok.

Glasgow City Medical Center telah melakukan bedah siasat terhadap mayat Sybil dan mendapati bahawa organ-organ dalamannya rosak dengan teruk.

Jenazah Sybil akhirnya dibawa semula ke Ipoh dan dikebumikan di tanah perkuburan gereja St Michael’s.

Pada 1948, dia menjadi satu-satunya wanita Malaya untuk menerima “George Medal” untuk “Gallantry” iaitu penghormatan “Awam Tertinggi” oleh King George VI dari Britain.

Sehingga kini tidak ada seorang penerbit yang mahu menghasilkannya kisah menyayat hati kehidupan Sybil dalam mana-mana filem.

Malah cerita ini langsung tidak dicatatkan dalam mana-mana buku sejarah Malaysia sehinggalah Prometheus Enterprises melakukannya pada 2006 dengan memberi nama jalan Sybil Kathigasu bagi mengingati keberaniannya.

Law Siak Hong yang menjaga dan memelihara rumah peninggalan ini yang dijadikan muzium sehingga ke hari ini.

Bangunan yang dulunya sebuah klinik, kini dijadikan muzium bagi memperingati Sybil dan karyanya semasa penalukan Jepun di Tanah Melayu yang diilhamkan Law Siak Hong.

Tidak ada banyak barang peninggalan Sybil di muzium itu, jadi Law perlu mencipta semula berdasarkan cerita sejarah yang ada.

Antara barang yang cuba dipamerkan perabot lama, basikal lama, gambar keluarga Kathigasu, keratan akhbar dan peralatan perubatan.

Pintu belakang yang digunakan Sybil untuk mengakses ke tempat rahsia.

Terdapat lubang di bawah tangga di mana Sybil mungkin menyembunyikan tiga pemancar radionya, serta pintu belakang untuk mengakses ke tempat rahsia, namun tidak diselongkar apa yang ada di dalamnya.

Muzium klinik Sybil di Papan perlu diketengahkan sebagai peringatan kepada fakta bahawa kisahnya telah diketepikan dalam menceritakan Perang Dunia Kedua dalam sejarah Malaysia.

Keberanian Sybil ini juga harus dicontohi anak muda hari ini sebagai contoh terbaik perpaduan di Malaysia.

Kini, cucunya Elaine Daly melakonkan watak itu kembali dalam satu drama episod ‘Apa Dosaku’ yang telah disiarkan di Astro beberapa tahun yang lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.