
“Saya risau perang mempunyai tabiat bermula dari kecil dan kemudian berkembang menjadi perang dunia,” katanya pada hari kedua acara itu di Tokyo.
Ahli politik veteran itu menekankan keperluan untuk menyelesaikan konflik melalui dialog, selain mengkritik pembekalan senjata NATO kepada Ukraine dan mencadangkan bahawa sekutu Barat berdepan risiko mendorong Rusia membuat keputusan untuk mengembangkan perang dengan membabitkan negara lain.
Perang Rusia-Ukraine tidak sepatutnya berlaku “dalam zaman kita”, kata Mahathir.
Dalam gesaannya agar kita belajar daripada sejarah beliau berkata, masyarakat antarabangsa menyaksikan kemusnahan yang diakibatkan oleh Perang Dunia II tetapi pengajaran itu “hampir dilupakan”.
“Future of Asia” adalah sidang tahunan utama Nikkei. Tema tahun ini ialah “mendefinisikan semula peranan Asia dalam dunia yang berpecah”. Antara pemimpin lain yang berucap pada hari kedua acara tersebut adalah Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina.
Acara tahunan itu dirasmikan semalam dengan ucapan daripada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha dan lain-lain.